Duta besar

Duta Besar (Bahasa Inggeris: ambassador) merupakan perwakilan diplomatik tertinggi sesebuah negara dengan negara lain dalam hubungan antarabangsa. Seseorang duta besar diterima oleh ketua negara dengan menyerahkan surat watikah lantikan dalam satu upacara rasmi negara. Perwakilan tersebut menjadi pihak penghubung antara negara mereka dengan negara tuan rumah dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, dan sosial. Perwakilan mempunyai hak imuniti di negara tuan rumah.Dalam kalangan negara-negara Komanwel menggunakan Pesuruhjaya Tinggi.

Berkaitan